Cari @ Amanz

Dengan pembangunan Tizen mencapai versi stabil pertama semalam, kini ura-ura awal mengatakan yang mana Samsung bakal kelak mematikan BadaOS, salah satu platform popular dipasaran. Ia dikatakan Samsung akan terus menyokong platform tersebut sehingga pengguna dan pembangun berhenti menggunakan BadaOS, dan disasarkan akan berlaku setahun lagi, iaitu pada tahun hadapan.

Namun, seperti biasa, perkara ini masih pada peringkat ura-ura tanpa pengesahan rasmi daripada pihak Samsung. Samsung sendiri boleh dikatakan lebih memfokuskan kepada Android, disamping turut menyokong pembangunan Tizen. Namun begitu, jikalau dilihat daripada pasaran pengguna BadaOS, ia mempunyai salah satu pengguna yang tinggi, dan boleh dikatakan agak mendukacitakan untuk mematikannya begitu sahaja.

Sebelum ini, beberapa bulan yang lepas, ia turut diperkatakan BadaOS dan Tizen akan disatukan, dan kini dengan ura-ura terbaru ini, adakah benar BadaOS tidak lagi akan berada dalam pasaran mudah-alih dalam beberapa tahun lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd