Cari @ Amanz

Dalam ratusan pemain media yang terdapat di dunia teknologi hari ini, salah satu pemain media yang popular selain daripada VLC adalah Miro. Dan hari ini, pembangunnya telah pun melancarkan aplikasi pemain media internet terkemuka Miro terbaru iaitu Miro 5, membawakan beberapa penambah-baikkan serta berbanding versi sebelum ini.

Melalui Miro 5, ia membolehkan anda memainkan video dan audio daripada beberapa sumber di internet dengan mudah, menjadikan ianya salah satu pemain media internet yang menjadi pilihan ramai. Apatah lagi, memandangkan ianya merupakan salah satu projek sumber terbuka, maka ia turut mendapat sokongan ramai.

Sebelum ini, Miro 4 telah diperkenalkan untuk sync bersama Android, dan melalui Miro 5, sokongan sync kandungan antara peranti ditambah-baik lagi. Kini, para pengguna turut sama boleh memainkan dan memuat-turun video daripada Vimoe dengan mudah, dan dalam bentuk HD.

Bagi mereka yang gemar menonton pelbagai jenis audio dan juga video, mungkin anda boleh memuat-turun Miro 5.0 untuk Mac, Windows ataupun Linux, dan mengujinya sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd