Asus Transformer Pad Akan Dijual Di Malaysia Pada Bulan Ini

Asus Transformer Pad Akan Dijual Di Malaysia Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Mei 3, 2012 oleh .

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Transformer Prime, tetapi tidak dapat melakukannya kerana harga yang mahal, mungkin anda boleh menantikan Transformer Pad daripada Asus yang mana bakal dilancarkan pada bulan ini, iaitu Mei 2012. Melaluinya, ia menyerupai Transformer Prime, tetapi ditawarkan dengan spesifikasi lebih rendah.

Melalui Transformer Pad, ia membawakan cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 3 4-Plus-1, kamera 8-megapixel, skrin seluas 10.1-inci dan didatangkan bersama-sama dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Sama seperti Prime, ia turut sama didatangkan dengan sokongan papan kekunci (keyboard dock), dan masa bertahan bateri sehingga 10 jam, dan tambahan 5 jam apabila papan kekunci disambungkan.

Buat masa ini, harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui lagi, dan dijangka akan diumumkan oleh Asus Malaysia dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN