Rekabentuk Awal Firefox Metro Untuk Windows 8 Diperlihatkan

Rekabentuk Awal Firefox Metro Untuk Windows 8 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 3, 2012 oleh .

Lanjutan daripada semalam, pihak pembangun pelayar web Firefox turut sama telah memperlihatkan beberapa rekabentuk konsep untuk pelayar web mereka dalam antaramuka Metro. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan sekiranya semua berjalan lancar, maka akan dilancarkan sebelum Windows 8 dilancarkan kelak pada bulan Oktober.

Melalui konsep yang diperlihatkan oleh pihak pembangun Firefox, ia memperlihatkan Firefox untuk Metro kelak akan dioptimasikan sepenuhnya untuk Windows 8, disamping, pada masa yang sama, turut membawakan antaramuka yang selari dengan pelayar web Firefox yang lain.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan pembangunan masih giat dibangunkan, dan tarikh pasti bilakah ianya akan dilancarkan masih tidak diketahui lagi.


TIPS & ULASAN