Cari @ Amanz

Pada tahun ini, Firefox mensasarkan untuk membawakan pelbagai perubahan dan penambah-baikkan untuk pelayar web mereka pada pelbagai platform, dan salah satunya adalah dari segi halaman tab utama, yang mana bukan sahaja memperlihatkan laman web yang dilawati anda, tetapi turut memperlihatkan aplikasi web yang dipasang pada Firefox anda.

Secara tidak langsung, ia menyerupai kepada pelayar web Chrome yang turut menyertakan sokongan tersebut. Firefox dalam menyokong aplikasi web pada pelayar mereka menggunakan protokol terbuka, membolehkan pembangun pelayar web yang lain turut mengadaptasikannya.

Buat masa ini, Firefox Marketplace telah pun mula menerima aplikasi daripada pembangun, dan melaluinya kelak, mungkin kita akan dapat melihat integrasi aplikasi antara desktop dan juga peranti mudah-alih, mahupun platform Boot-To-Gecko mereka secara menyeluruh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd