RIM Memperlihatkan Sokongan Multi-Tasking Pada BlackBerry 10

RIM Memperlihatkan Sokongan Multi-Tasking Pada BlackBerry 10

Diterbitkan pada Mei 3, 2012 oleh .

Selain daripada kamera, Research In Motion, pada acara BlackBerry World yang diadakan pada awal minggu ini, turut sama memperlihatkan sokongan multitasking yang amat menarik sekali, membolehkan anda menggunakan dan melihat aplikasi lain pada masa yang sama.

Melalui apa yang dipertontonkan melalui video, ia menunjukkan sokongan untuk melihat notifikasi dengan lebih baik lagi, disamping membolehkan anda bertukar-tukar antara aplikasi, dan membuat pelbagai tugas pada masa yang sama dengan mudah.

Walaupun secara tidak langsung, ia menyerupai serba sebanyak seperti MeeGo yang digunakan pada Nokia N9, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi yang masih dirahsiakan untuk BlackBerry 10 ini, dan hanya akan diumumkan oleh RIM pada pelancaran rasminya kelak sahaja.


TIPS & ULASAN