Samsung Memfailkan Hak Cipta Untuk Tablet Dwi-Panel

Samsung Memfailkan Hak Cipta Untuk Tablet Dwi-Panel

Diterbitkan pada Mei 3, 2012 oleh .

Boleh dikatakan Samsung merupakan antara pengeluar tablet yang aktif, dengan mempunyai pelbagai saiz peranti dan spesifikasi. Dan nampaknya, Samsung selain daripada rekabentuk sedia ada tablet, mereka juga bakal mengeluarkan tablet dengan dwi-panel tidak lama lagi, apabila kini mereka memfailkan paten untuk rekabentuk tersebut.

Sebelum ini sendiri, beberapa tablet dengan dwi-panel telah diperlihatkan, namun seperti tiada siapa yang telah memfailkan paten untuknya sehingga kini.

Dengan sokongan S-Pen selain Samsung yang turut memfokuskan kepada pendidikan melalui tawaran aplikasi mereka, mungkin tablet dengan rekabentuk ini dapat menarik minat para pengguna yang menggunakan dalam urusan pendidikan dan sebagainya.

Jadi, mungkinkah dalam tahun ini kita akan dapat melihat tablet Samsung dengan dwi-panel?


TIPS & ULASAN