Maxis Dan IJN Melancarkan Aplikasi MyHealthy Heart

Maxis Dan IJN Melancarkan Aplikasi MyHealthy Heart

Diterbitkan pada Mei 3, 2012 oleh .

Hari ini, Maxis bersama-sama dengan Institusi Jantung Negara (IJN) telah pun mengumumkan kerjasama mereka, dan sekaligus membawakan kandungan berbentuk kesihatan kepada para pengguna tempatan. Bersama-sama dengannya, aplikasi rasmi Maxis MyHealthy Heart dilancarkan untuk pengguna iOS, dan bakal dilancarkan untuk Android tidak lama lagi.

Perkara ini sekaligus memperlihatkan komitmen pihak Maxis dalam menawarkan kandungan terkini kepada para pengguna mereka, disamping memastikan mereka sihat. Selain daripada aplikasi untuk telefon pintar, perkhidmatan penghantaran kandungan melalui SMS turut disediakan dalam bahasa Malaysia dan juga Inggeris, dan tentunya pada suatu kadar harga bulanan, dan 10% daripada pendapatan disumbangkan kepada badan kebajikan IJN.

Bagi para pengguna iPhone, iPod Touch dan juga iPad, anda boleh memuat-turun aplikasi MyHealthy Heart ini terus daripada AppStore. Manakala bagi mereka yang tidak, mungkin boleh menjenguk kepada aplikasi Facebook yang disediakan oleh Maxis.


TIPS & ULASAN