RIM Melesenkan Teknologi Daripada Scalado Untuk Fungsi Kamera BlackBerry 10

RIM Melesenkan Teknologi Daripada Scalado Untuk Fungsi Kamera BlackBerry 10

Diterbitkan pada Mei 3, 2012 oleh .

Sokongan baru pada aplikasi kamera di BlackBerry 10 boleh dikatakan salah satu titik tambah kepada platform tersebut. Dan kini, RIM mengesahkan yang mana mereka melesenkan fungsi tersebut daripada Scalado yang mana telah mendemonstrasikan aplikasi Scalado Remove pada awal tahun ini.

Melalui fungsi baru pada kamera di BlackBerry 10, ia membolehkan kamera merakamkan beberapa detik sebelum gambar dirakamkan, dan seterusnya sekiranya anda tidak berpuas hati dengan sesuatu rakaman gambar, maka anda boleh membuat perubahan masa-nyata dengan mengubahnya kepada rakaman beberapa detik sebelumnya.

Ini sekaligus menjadikan sokongan kamera pada BlackBerry 10 salah satu perkara menarik, dan dinantikan ramai untuk mencubanya sendiri. Buat masa ini, bilakah peranti BlackBerry 10 akan dilancarkan masih tidak diketahui. Namun sesuatu yang pasti adalah dimana RIM aktif bekerjasama dengan pelbagai nama besar untuk memastikan platform baru mereka itu mendapat tempat di hati pengguna seluruh dunia.


TIPS & ULASAN