Konsep Pemindahan Fail Antara Telefon Pintar Dan Komputer Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 4, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pasa hari ini, pemindahan data mahupun fail dan dokumen antara peranti mudah-alih dan juga komputer adalah agak sukar, dimana perlu dihubungkan melalui Bluetooth, WiFi mahupun melalui sokongan USB, yang mengambil sedikit masa sebelum berjaya. Namun, mungkin pada masa akan datang perkara ini akan diatasi dengan mudah.

Melalui sebuah video konsep ringkas, ia memperlihatkan yang mana para pengguna boleh menghantar dokumen mahupun fail dengan mudah ke telefon pintar mereka melalui hanya menarik dan melepaskannya pada ruangan yang disediakan.

Walaubagaimanapun, ianya masih pada peringkat konsep, dan ia memperlihatkan mungkin pada masa hadapan, kita akan dapat melihat cara pemindahan fail yang lebih mudah antara peranti. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami