(Video) Samsung Galaxy S3 Dengan Lebih Dekat

(Video) Samsung Galaxy S3 Dengan Lebih Dekat

Diterbitkan pada Mei 4, 2012 oleh .

Samsung Galaxy S3 yang dinantikan ramai telah pun dilancarkan secara rasmi dan dijangka akan berada di Malaysia sekitar Jun atau Julai kelak. Buat masa ini, harga jualannya tidak diketahui lagi. Namun, fungsi yang dibawakan padanya amat menarik dan berbeza dengan pelbagai peranti lain di pasaran.

Selain daripada sokongan fungsi Android biasa, Samsung sendiri menambah beberapa sokongan tambahan, seperti mod Burst pada kamera, sokongan perkongsian pintar, Smart Stay dan pelbagai lagi. Untuk memberikan idea lebih dekat, Samsung sendiri menyediakan sebuah video ringkas, menerangkan pelbagai fungsi yang didatangkan bersama-sama Samsung Galaxy S3.


TIPS & ULASAN