Flipboard merupakan salah satu aplikasi menarik yang terdapat pada iOS, menawarkan pembacaan pelbagai artikel dalam bentuk seumpama majalah dengan mudah. Dan nampaknya, seperti Intstagram, kini Flipboard bakal dilancarkan untuk Android tidak lama lagi.
Buat masa ini, tarikh pasti bilakah ianya akan dilancarkan untuk Android masih tidak diketahui. Namun, pihak pembangun Flipboad sendiri telah menyediakan sebuah halaman khas, membolehkan anda mendaftar emel, dan mengetahui dengan pantas apabila ia dilancarkan untuk Android kelak.
Selain daripada Flipboard, antara alternatif lain yang menawarkan fungsi seumpamanya walaupun agak kurang menarik adalah Google Currents dan juga Pulse.