SlideShare Diambil-Alih Oleh LinkedIN Untuk $119 Juta

SlideShare Diambil-Alih Oleh LinkedIN Untuk $119 Juta

Diterbitkan pada Mei 4, 2012 oleh .

Bagi mereka yang gemar mencari fail presentation mahupun pelbagai kajian menarik, SlideShare merupakan salah satu laman yang dituju ramai. Hari ini, SlideShare secara rasminya telah diambil-alih oleh laman sosial untuk golongan profesional, LinkedIN pada harga lebih kurang $119 juta.

SlideShare merupakan salah satu laman yang aktif digunakan ramai, dengan terdapat lebih daripada 7.4 juta presentation pada laman tersebut, dan dengan sokongan boleh di embed ia menjadikan seperti laman YouTube untuk presentation.

Dengan penambahan SlideShare dibawah portfolio LinkedIn, semestinya ia akan menguntungkan kedua-dua pengguna, dan mungkin kita boleh lihat sokongan seperti kolaborasi dalam membangunkan sesebuah fail persembahan turut diperkenalkan pada LinkedIN dalam masa terdekat kelak.


TIPS & ULASAN