Cari @ Amanz

Facebook boleh dikatakan adalah salah satu laman sosial yang amat aktif digunakan, dan diakses melalui peranti mudah-alih. Selain daripada aplikasi untuk iOS, Android, Blackberry dan sebagainya, Facebook turut sama menyediakan aplikasi Java untuk telefon mudah-alih, dan hari ini telah mengemaskininya dengan menambah beberapa fungsi baru padanya.

Salah satu sokongan baru yang ditambah adalah sokongan menambah efek pada gambar yang dirakamkan oleh anda sebelum berkongsi dengan yang lain. Sehingga ke hari ini, sokongan seumpamanya hanya ditawarkan untuk pengguna telefon pintar melalui Instagram, dan pelbagai aplikasi seumpamanya, dan kini dengan pengenalan sokongan tersebut untuk para pengguna telefon bimbit biasa, ia membolehkan mereka menambah efek pada gambar sebelum dikongsikan bersama rakan Facebook mereka yang lain.

Buat masa ini, hanya dua efek sahaja disediakan, iaitu Sepia dan juga Black & White. Mungkin dengan pengambil-alihan Instagram oleh Facebook sebelum ini, lebih banyak efek akan diperkenalkan kepada mereka dari semasa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd