Nampaknya acara Samsung berakhir tanpa sebarang pengenalan perkhidmatan awan yang dikatakan sebagai S-Cloud sebelum ini. Mungkin ianya hanya sekadar ura-ura dan Samsung tidak ingin memasuki arena storan talian dengan adanya Dropbox, Google Drive dan sebagainya. Walaubagaimanapun, bersama-sama dengan Galaxy S3, Samsung menawarkan ruangan percuma sehingga 50GB melalui Dropbox untuk pengguna mereka.
Gambar : TechCrunch
Melalui kerjasama kedua-dua pihak, Samsung dan Dropbox, mereka menawarkan ruangan storan awan melalui Dropbox sehingga 50GB secara percuma sehingga 2 tahun, membolehkan anda bukan sahaja menyimpan data pada peranti mahupun kad mikro-SD, tetapi turut sama pada storan awan.
Ia masih tidak diketahui adakah ianya eksklusif untuk Samsung Galaxy S3 sahaja, ataupun Samsung akan memperkenalkannya bersama-sama dengan pelbagai peranti baru mereka yang lain.
Sebelum ini, HTC telah menawarkan ruangan percuma sebanyak 25GB untuk Dropbox melalui HTC One X mereka.