Cari @ Amanz

Telefon pintar kini telah menjadi salah satu keperluan orang ramai, dimana mereka-mereka yang ingin membeli telefon bimbit, lebih cenderung membuat pilihan membeli telefon pintar pada harga serendah RM450. Menurut kajian terkini yang dikeluarkan, ia dilaporkan akan terdapat lebih 1.7 billion telefon pintar menjelang tahun 2017 kelak.

Ia juga pada masa yang sama, dikatakan Android akan mendominasi pasaran peranti mudah-alih menjelang tahun 2017 kelak, menewaskan pelbagai pesaing lain termasuk iOS dan juga Windows Phone, Symbian serta lain-lain.

Melalui ramalan yang dikeluarkan syarikat Ovum itu, ia dikatakan Android akan memegang pasaran sebanyak 48% menjelang 2017, dan diikuti oleh Apple sebanyak 27% melalui iOS, Windows Phone sebanyak 13% dan BlackBerry daripada RIM sebanyak lebih 10% menjelang 2017.

Walaubagaimanapun, seperti biasa ia hanya sekadar ramalan, dan mungkin pelbagai perkara akan berubah. RIM sendiri tampak sedang giat membangunkan Blackberry 10, disamping Microsoft yang bakal mengintegrasikan dengan lebih menyeluruh antara Windows Phone dan Windows 8. Google dan Apple masing-masing masih mendiamkan diri berkenaan dengan fungsi baru pada Android 5.0 Jelly Bean dan iOS6.

Jadi, bagi anda, apakah platform yang bakal memegang pasaran pada masa akan datang?

Symbian tidak disentuh, mungkin kerana Nokia dilabelkan sebagai pengeluar peranti Windows Phone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd