Cari @ Amanz

Bulan ini sahaja beberapa permainan popular dan menarik akan diperkenalkan, termasuk Diablo 3 dan juga Max Payne 3. Jikalau sehingga ke hari ini, untuk permainan tembak-menembak berkumpulan, Counter Strike menjadi pilihan, mungkin tidak lama lagi Max Payne 3 pula akan turut menjadi pilihan, dengan sokongan Gang Wars pada multiplayer Max Payne 3.

Rockstar Games hari ini telah berkongsi sebuah video baru, memperlihatkan sokongan Gang Wars pada permainan multiplayer di Max Payne, membolehkan anda bersaing secara berkumpulan dengan pemain-pemain lain.

Melaluinya juga, para pengguna boleh mengumpulkan mata, disamping turut disediakan beberapa jalan cerita, dimana memerlukan kumpulan yang dianggotai pemain perlu menyelesaikan terlebih dahulu, sebelum beralih ke fasa seterusnya. Dan semestinya salah satu fungsi permainan yang menarik turut disertakan adalah Bullet Time.

Max Payne 3 bakal berada dipasaran bermula pertengahan bulan ini untuk PC, Xbox 360 dan juga PlayStation 3.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd