Samsung Galaxy S3 Di Malaysia Pada Awal Jun 2012?

Samsung Galaxy S3 Di Malaysia Pada Awal Jun 2012?

Diterbitkan pada Mei 4, 2012 oleh .

Awal pagi tadi, Samsung secara rasminya telah pun melancarkan peranti mereka yang dinantikan ramai, iaitu Samsung Galaxy S3 yang membawakan bukan sahaja Android 4.0 Ice Cream Sandwich, tetapi turut menyertakan pelbagai fungsi-fungsi tambahan baru bersama-sama dengannya. Dan menurut Pengarah Samsung untuk Asia Tenggara dan Taiwan, ia akan tiba di Malaysia seawal Jun kelak.

Ini adalah memandangkan sokongan yang diterima daripada pengguna tempatan terhadap produk mudah-alih Samsung. Pada tahun lepas sahaja, Samsung mengukuhkan kedudukan di Malaysia dengan peningkatan sehingga 1000% berbanding 2010.

Melalui Samsung Galaxy S3, ia membawakan cip pemprosesan 1.4GHz empat-teras, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.9-megapixel, skrin 4.8inci dengan paparan HD Super AMOLED dengan resolusi 306ppi, dan bateri 2100mAh. Harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Tips daripada Fuad.


TIPS & ULASAN