Carian
The Faculty Project Mengumpulkan Video Pembelajaran Untuk Universiti Dan Kolej
May 5, 2012 Aman

Adakah pada masa akan datang pembelaaran melalui video akan menjadi salah satu perkara yang popular? Selain daripada Khan Academy dan TED-Ed, kini munculnya laman baru, dinamakan sebagai The Faculty Project, mengumpulkan pelbagai pensyarah dalam menyusun video pembelajaran untuk dikongsi bersama penuntut dari seluruh dunia secara percuma.

Anda boleh gunakan laman The Faculty Project tanpa sebarang bayaran mahupun pendaftaran. Namun, sekiranya anda ingin melihat latar pembelajaran anda, pilihan untuk pendaftaran adalah salah satu perkara yang boleh dilakukan, dimana boleh didaftar secara percuma menggunakan akaun Facebook.

Medium pembelajaran pula disokong melalui Udemy, dimana selain daripada video, PDF dan juga pelbagai perkara lain turut disediakan untuk rujukan para penuntut.

Jadi, bagi anda yang sedang menantikan panggilan Universiti mahupun Kolej, mungkin boleh melayari laman The Faculty Project hari ini, dan mula mempelajari pelbagai topik yang disediakan, dan pada masa yang sama menambah pengetahuan mengenai sesuatu perkara dari hari ke hari.

Komen