Cari @ Amanz

Salah satu pengeluar antivirus terkemuka di dunia perkomputeran adalah Norton, dan kini dengan Windows 8 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, kini Symantec telah pun mengeluarkan beta pertama untuk Norton 2013 yang dioptimasikan untuk antaramuka Metro dan juga Windows 8.

Bagi para pengguna yang ingin mencuba, anda boleh kini memuat-turun versi beta terbuka untuk Norton Antivirus, Norton Internet Security dan juga Norton 360 secara percuma, membawakan antaramuka baru yang menyokong skrin sentuh, bersama-sama perkara lain.

Dengan Norton Antivirus 2013 yang kini menyokong antaramuka Metro yang mesra sentuhan, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak pengeluar antivirus lain turut mendatangkan sokongan tersebut untuk aplikasi mereka untuk versi 2013 kelak.

Kami buat masa ini masih belum berpeluang mencubanya, dan akan melakukan ulasan berkaitan apabila telah mencubanya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd