Cari @ Amanz

Industri mudah-alih boleh dikatakan berkembang dengan pesat dalam dan luar negara, dengan munculnya telefon pintar berkuasa tinggi, dan juga sokongan rangkaian di Malaysia yang semakin dipertingkatkan dari hari ke hari. Dan dalam membincangkan dan mempromosikan perkara tersebut, salah satu acara tahunan yang diadakan adalah GoMobile.

Untuk tahun ini, GoMobile bakal diadakan pada minggu hadapan, iaitu daripada 11 hingga 13 Mei, yang memperlihatkan bukan sahaja mereka mengadakan persidangan, tetapi turut menyediakan beberapa promosi jualan, disamping mempromosikan pembangun aplikasi tempatan daripadanya.

Tahun ini juga, Amanz merupakan salah satu media yang menyokongnya, dan kami akan membawakan liputan langsung daripada acara tersebut, dan juga memperlihatkan pelbagai aplikasi menarik yang dibangunkan oleh para pembangun tempatan.

Sekiranya anda berada di Kuala Lumpur pada minggu hadapan, jangan lupa singgah ke KL Convention Centre dan jumpa kami disana.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd