Present.Me Menjadikan Persembahan Anda Menarik Melalui Gabungan Video Dan Slaid

Present.Me Menjadikan Persembahan Anda Menarik Melalui Gabungan Video Dan Slaid

Diterbitkan pada Mei 6, 2012 oleh .

SlideShare merupakan salah satu laman untuk berkongsi slaid dan sebagainya. Namun, ia kurang interaktif, dan memerlukan pengguna membaca sendiri, sekaligus menjadikannya kurang menarik. Jikalau ingin merakamkan dalam bentuk video, ia mengambil sedikit masa kerana memerlukan kepakaran mengedit video dan sebagainya. Tetapi, kini anda boleh melakukan persembahan slaid anda dengan lebih interaktif melalui Present.me.

Melalui Present.me, ia membawakan gabungan slaid bersama-sama dengan video (mahupun audio), dimana ia membolehkan anda memuat-naik fail persembahan anda, dan seterusnya merakamkan video untuk disertakan bersebelahan dalam bentuk video, mahupun menyertakan audio sahaja pada slaid.

Present.me juga membolehkan anda menyediakan informasi berkaitan dengan sesuatu organisasi dalam bentuk lebih menarik. Disamping itu, ia amat berguna sekiranya diaplikasikan dalam pembelajaran maya, dimana seseorang boleh berkongsi slaid, dan menerangkannya dengan lebih mendalam melalui video.

Present.me didatangkan dalam beberapa pelan dan pakej, namun yang percuma sendiri membolehkan anda berkongsi 3 fail persembahan setiap bulan, dengan jangka panjang 15 minit setiap satu.

Sekiranya anda menggunakannya dalam sebarang projek anda, jangan lupa untuk berkongsi bersama kami. Dan bagi anda yang ingin mencuba, mungkin boleh melayari laman Present.me hari ini.


TIPS & ULASAN