Gambar Prototaip Telefon Pintar Android Pertama Diperlihatkan

Gambar Prototaip Telefon Pintar Android Pertama Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 6, 2012 oleh .

Android merupakan salah satu platform yang dibangunkan oleh Android untuk beberapa tahun lamanya, yang mana kini telah pun mencapai versi 4.0, dan mempunyai pengguna dan peminatnya tersendiri. Dan bagaimanakah peranti prototaip pertama untuk Android kelihatan pada awal pembangunanya dahulu?

Kini, salah seorang pembangun Android, berkongsi beberapa info berkaitan Android versi awal sekitar tahun 2007, dengan memaparkan beberapa gambar lebih dekat untuk peranti prototaip pertama yang dipanggil sebagai Google Sooner.

Google Sooner (HTC EXCA 300) dari segi spesifikasi, menggunakan OMAP850 bersama-sama dengan 64MB RAM, skrin LCD 320×240, dan juga kamera 1.3 megapixel dengan sokongan rakaman video. Seperti dapat dilihat pada gambar, ia membawakan rekabentuk dengan papan kekunci QWERTY dan tidak menyokong sentuhan melaluinya.

Namun, ia kelihatan telefon pintar prototaip tersebut tidak dikeluarkan ke pasaran, sebaliknya Google terus memperkenalkan peranti dengan sokongan sentuh mereka, yang menjadi kian popular setelah pelancaran iPhone daripada Apple. Walaupun melalui video yang disediakan oleh Google, mereka turut menguji peranti dinamakan nama kod Dream dengan sokongan sentuhan, ia tidak seperti yang terdapat pada masa kini, dan masih menggunakan butang fizikal untuk zoom dan sebagainya.

Kedua-dua peranti prototaip tersebut tidak dikeluarkan dan dipasarkan oleh Google mahupun HTC. Ia boleh dikatakan, dengan pengenalan iPhone daripada Apple yang mengutamakan skrin sentuh, dan membawakan dunia perkomputeran ke hadapan lagi, telah memberikan titik tolak dan cabaran kepada pengeluar dan pembangun yang lain dalam membangunkan sistem dan platform operasi mereka.

Namun, sekiranya peranti Android seumpama ini diperkenalkan, adakah anda akan membelinya?


TIPS & ULASAN