IconMobi Bakal Melancarkan Aplikasi Beautifully Done Untuk iPad Minggu Ini

IconMobi Bakal Melancarkan Aplikasi Beautifully Done Untuk iPad Minggu Ini

Diterbitkan pada Mei 6, 2012 oleh .

Pada tahun ini, para pembangun aplikasi tempatan kelihatan lebih aktif, dan salah satu syarikat yang agak aktif dalam memperkenalkan aplikasi mudah-alih mereka adalah IconMobi. Setelah memperkenalkan aplikasi percuma mereka, Vinode sebelum ini, kini mereka bakal muncul dengan aplikasi iPad dinamakan Beautifully Done pada minggu ini.

Melalui aplikasi iPad ini, ia memfokuskan untuk melihat gambar-gambar daripada Facebook dalam bentuk yang menarik dan unik. Ia menggunakan logik tersendiri dalam menyusun gambar-gambar daripada akaun Facebook anda, dan memperlihatkannya dalam susunan yang menarik. Beautifully Done juga akan membolehkan anda mengakses gambar dan melihat dalam resolusi asal tanpa sebarang masalah.

Beautifully Done dijangka akan diedarkan secara percuma oleh pembangunnya.


TIPS & ULASAN