Permainan Where’s My Chicken Dikemaskini – Membawakan Tahap Permainan Baru

Permainan Where’s My Chicken Dikemaskini – Membawakan Tahap Permainan Baru

Diterbitkan pada Mei 7, 2012 oleh .

Where’s My Chicken merupakan salah satu aplikasi permainan popular yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, dimana kini telah pun melangkaui lebih daripada 50,000 muat-turun dan semakin menghampiri angka 100,000. Dan setelah sekian lama, pembangunnya kini turut sama telah memperkenalkan kemaskini untuk permainan tersebut menambah beberapa tahap baru padanya.

Melalui tahap baru yang diperkenalkan, ia membawakan lebih 25 level sekaligus memperkenalkan beberapa watak permainan baru, dan cara baru untuk menambah bilangan ayam dan mengumpul telur dengan lebih pantas lagi.

Pada masa yang sama, kemaskini ini juga memperlihatkan beberapa tahap lain akan turut ditambah pada permainan tersebut, sekaligus menjadikan lebih ramai terus memainkan permainan tersebut dari semasa ke semasa.

Ia masih lagi tidak diketahui sama ada permainan tersebut akan muncul pada platform lain seperti iOS, Windows Phone dan sebagainya ataupun tidak. Buat masa ini, ia masih dikhaskan untuk Android, dimana bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store hari ini.


TIPS & ULASAN