Media Center Hanya Pada Versi Windows 8 Pro Sahaja?

Media Center Hanya Pada Versi Windows 8 Pro Sahaja?

Diterbitkan pada Mei 7, 2012 oleh .

Sepanjang minggu lepas, salah satu perkara yang hangat diperkatakan adalah berkaitan dengan sokongan Media Center pada Windows 8. Microsoft melalui sebuah artikel pada blog mereka, telah pun menerangkan ia tidak akan menyertakan Media Center pada versi biasa, sekaligus tidak akan membawakan sokongan pemain DVD bersama-sama dengannya.

Namun, perkara tersebut bukanlah suatu masalah yang besar. Sehingga ke hari ini, ia boleh dikatakan hanya segelintir kecil sahaja menggunakan Media Center dalam menguruskan DVD mereka mahupun menonton rancangan kegemaran mereka, sebaliknya sebahagian besar menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti VLC, PowerDVD, mahupun sebagainya untuk menguruskan media mereka.

Pada masa yang sama, dengan komputer riba baru yang lebih ke arah tidak menyertakan pemain DVD bersama padanya, disamping dunia yang beralih kepada perkomputeran awan, mungkin Microsoft ingin mengurangkan kos pelesenan, disamping menjadikan harga jualan mereka lebih murah lagi.

Sebelum ini, versi-versi seperti Windows XP, beberapa versi Windows Vista dan juga 7 turut tidak didatangkan dengan perkara tersebut, dan kini Windows 8 juga sama. Ia dikatakan Media Center hanya akan disertakan bersama versi Pro sahaja.


TIPS & ULASAN