Nokia Lumia 610 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM699

Nokia Lumia 610 Mula Dijual Di Malaysia Pada Harga RM699

Diterbitkan pada Mei 7, 2012 oleh .

Sepertimana yang diumumkan Nokia sebelum ini, kini peranti Windows Phone daripada keluarga Lumia dengan spesifikasi yang lebih rendah berbanding sebelumnya, iaitu Lumia 610 sudah pun mula dijual di pengedar rasmi Nokia seluruh negara, dan boleh dimiliki pada harga RM699.

Nokia Lumia 610 dikategorikan sebagai peranti mampu milik oleh semua, membawakan pelbagai sokongan padanya, termasuk Nokia Maps, Nokia Drive, Nokia Transport dan lain-lain. Ia menyertakan cip pemprosesan 800MHz, memori 256MB RAM, dan juga kamera 5-megapixel. Namun, untuk makluman, ia tidak dapat menjalankan beberapa aplikasi yang memerlukan memori tinggi seperti peranti Windows Phone yang lain.

Daripada maklumbalas awal yang diterima, ia dikatakan peranti ini mempunyai masa respon yang agak lambat, berkemungkinan kerana spesifikasinya yang rendah. Kami masih belum berpeluang mencubanya sendiri. Bagi anda yang ingin memiliki peranti Windows Phone, mungkin ini merupakan salah satu pilihan. Namun, ada baiknya sekiranya anda memilih Nokia Lumia 800 jika ingin melabur pada Windows Phone.

TIPS & ULASAN