Sedikit Kemaskini Berkaitan Amanz (Mei 2012)

Sedikit Kemaskini Berkaitan Amanz (Mei 2012)

Diterbitkan pada Mei 7, 2012 oleh .

Setahun bersama Amanz telahpun berlalu begitu pantas sekali. Saya masih ingat tahun lepas memegang tampuk pemerintahan syarikat ini, yang pada mulanya Enterprise sehinggalah baru-baru ini didaftarkan sebagai Sendirian Berhad, terasa begitu cepat masa. Setahun lepas kami kurang dikenali dimasyarakat yang bukan peminat dunia gajet dan ICT, akan tetapi hari demi hari menyaksikan jenama Amanz berkembang sekaligus membantu komuniti ICT tempatan.

Ia agak menggembirakan kami apabila kami mendengar sesetengah syarikat tempatan yang meletakkan ‘aplikasi kami pernah diberitakan di Amanz’ sebagai penanda aras aplikasi/projek tersebut. Kemaskini khas ini sedikit sebanyak untuk berkongsi perkara mengenai Amanz yang patut dikongsikan.

Statistik pembaca 

Rajah diatas (menggunakan aplikasi Piktochart) menunjukkan kenaikan yang setara sejak bulan Mei 2011. Bilangan Facebook Fan pula yang meningkat 110% dari tahun terdahulu merupakan satu asset kerana melalui Amanz Social Reader, banyak artikel telah dikongsikan menurut pembangunnya, Omar Mahdzan. Berikut dibawah adalah rajah dari Facebook Amanz Social Reader yang menunjukkan banyak artikel telah disebarkan melalui Facebook.

Kami juga mempunyai beberapa aplikasi untuk memudahkan anda mencerna maklumat teknologi. Ada diantaranya tidak dapat dijejak statistiknya

  1. Aplikasi iOS menggunakan platform WutMedia
  2. Aplikasi Android menggunakan platform WutMedia
  3. Aplikasi untuk pengguna Symbian
  4. Aplikasi Meego hasil kerja MrPiratz
  5. Sokongan pada Google Currents

Dalam masa setahun ini, kami juga menjadi media rasmi dan rakan kerja untuk beberapa acara dan syarikat terkemuka antaranya

  1. NEF-Awani ICT Awards
  2. Go-Mobile 2012
  3. FUDCON 2012

Antara syarikat yang pernah menggunakan khidmat kami sama ada untuk tujuan liputan, peraduan, ceramah dan perkara berkaitan ICT adalah

  1. Google Malaysia
  2. Microsoft Malaysia
  3. YES / YTL Communications
  4. Samsung Malaysia
  5. Sony (Ericsson)
  6. Blackberry Malaysia
  7. Dan banyak lagi

Kami juga telah muncul di acara terkemuka, kaca tv dan corong radio di Malaysia. Antaranya

  1. Astro Awani Meja Bulat: Cabaran Mengembangkan Syarikat ICT
  2. Astro Awani Bisnes Awani: Blog, Saluran Terpantas Untuk Memberikan Informasi
  3. BFM Radio: Techcrunch in Malay-language, Amanz.MY
  4. BFM Radio: Speed Consulting, Amanz.MY
  5. Astro Awani Bisnes Alternatif: How Amanz.MY enriching BM speaking audience with tech information
  6. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, KOTABUKU: Syarikat Penerbitan Gulung Tikar Kerana Teknologi, Kenali E-Penerbitan

Antara kisah menarik yang sangat berbaloi untuk dikongsikan

  1. Ramai pembaca menjadikan Facebook Amanz sebagai kaunter pertanyaan dan mendapat maklumbalas yang baik. Paling diingati adalah seorang pembaca yang menanyakan mengenai Al-Quran didalam iPad. Selepas menjawab soalannya, pembaca tersebut menghantarkan gambar nenek beliau bersama iPad. Kami sangat gembira!
  2. Pembangun aplikasi Taxi Watch mendapat rakan syarikat, dana suntikan hasil sebaran dari kami.
  3. Pembangun aplikasi meletakkan Amanz.MY sebagai satu platform untuk menghebahkan aplikasi ciptaan mereka sekaligus mendapat pengguna-pengguna terawal
  4. Adam Dream karya Terato Tech yang mendapat tempat bawah 100 didalam kategori aplikasi permainan, melonjak ke tangga 36 untuk aplikasi dari Malaysia hanya dalam masa beberapa jam selepas hebahan dilakukan di Amanz.MY
  5. Beberapa isu seperti ‘Akta Pengkomputeran Professional‘ dan ‘SKMM Tidak Telus‘, mendapat perhatian dari pihak kerajaan.

Sesungguhnya kami di Amanz.MY ingin menerajui media ICT tempatan. Harapan kami dengan kemaskini ini sedikit sebanyak memberikan maklumat kepada anda mengenai prestasi kami untuk tahun berakhir April 2012. Akhir kata bukan sahaja kami, malahan dunia ICT tempatan memerlukan sokongan anda semua untuk berkembang pesat. Saya (Ikhwan) yakin dunia startup sudah mula menampakkan hasilnya seawal tahun lepas dan ia akan menjanjikan pulangan yang lumayan bukan hanya kepada orang awam, tapi negara Malaysia terutamanya.

Sekiranya anda mempunyai masa terluang, jangan lupa undi kami di DiGiWWWOW untuk beberapa kategori.

  1. Undilah Amanz.MY sebagai Fave Tech Head
  2. Undilah Aplikasi2 Amanz sebagai App of The Year
  3. Undilah Ikhwan Nazri sebagai Promising Webpreneur of The Year

Teruskan menyokong kami!


TIPS & ULASAN