BlackBerry 10 Bakal Menyertakan Sokongan Perkongsian Skrin Dan Editor Video

BlackBerry 10 Bakal Menyertakan Sokongan Perkongsian Skrin Dan Editor Video

Diterbitkan pada Mei 7, 2012 oleh .

Nampaknya, RIM memberikan perhatian yang amat serius dalam pembangunan sistem operasi dan platform terbaru mereka, BlackBerry 10, yang dijangka akan diperkenalkan kepada para pengguna kelak sekitar Oktober tahun ini. Setelah memperlihatkan sokongan papan kekunci dan kamera yang baru, kini ia turut kelihatan BlackBerry 10 bakal menyertakan beberapa sokongan yang lain.

Melalui laman CrackBerry, ia didapati, BlackBerry 10 turut sama akan menyerakan sokongan perkongsian skrin, membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara seperti gambar, video, mahupun melakukan persembahan dengan mudah melaluinya tanpa perlu memindahkan fail kepada peranti mahupun komputer lain.

Selain penyertaan sokongan perkongsian skrin, BlackBerry 10 juga bakal menyertakan bersama sebuah video editor terbina padanya, membolehkan para pengguna melakukan pelbagai perubahan pada video yang dirakamkan sebelum dikongsikan bersama yang lain.

Mungkin selain daripada ini, RIM mempunyai pelbagai fungsi menarik lagi yang masih dirahsiakan yang bakal diperkenalkan bersama-sama dengan BlackBerry 10 kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN