Cari @ Amanz

Salah satu peserta untuk musim pertama Make The Pitch anjuran MyEG adalah Masatu, yang mana membolehkan anda mencipta dan melihat detik-detik menarik dan gembira dalam hidup anda dalam bentuk yang menarik. Kini, mereka telah pun secara rasminya melancarkan aplikasi mereka untuk pengguna iOS serta Android, dan sedia untuk dimuat-turun secara percuma oleh semua.

Masatu (ringkasan dan gabungan perkataan “Masa Itu”?), seperti pada namanya, membolehkan anda mengetahui dan melihat pelbagai detik dalam bentuk menarik, dan juga dengan sokongan Augmented Reality, ia membolehkan anda melihat gambar-gambar anda dalam bentuk AR pada peta. Untuk menggunakannya, anda perlu log masuk menggunakan akaun Facebook, dimana melaluinya ia hanya menarik info profil anda seperti nama, gambar dan juga emel. Pada masa yang sama, ia meminta kebenaran untuk post gambar dan status terus ke Facebook anda.

Ia juga membawakan sokongan untuk membuat album terus pada akaun Facebook dan pin akan perkara-perkara menarik pada Facebook Timeline anda.

Mungkin dengan sokongan pelbagai aplikasi dan perkara lain pada Facebook, ia agak sukar untuk anda melihat perkara-perkara menarik yang berlaku pada setiap minggu mahupun bulan, dan bagi memudahkan anda, Masatu ini mungkin salah satu aplikasi amat berguna.

Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turun Masatu terus daripada AppStore secara percuma, manakala pengguna Android pula boleh memuat-turunnya daripada Google Play Market.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd