Nampaknya, Samsung Malaysia kini telah pun memulakan fasa awal untuk promosi peranti baru mereka, iaitu Galaxy S3. Sebagai permulaan, mereka memulakan dengan promosi melalui Tweet, dengan memberikan beberapa ayat promosi untuk dikongsikan bersama rakan Twitter yang lain.
Melalui emel yang dikongsikan oleh Samsung Malaysia, mereka mengeluarkan dua ayat promosi untuk Galaxy S3. Pertamanya adalah berbunyi “Adakah benar Galaxy S3 di Malaysia sebelum Jun?” dan lagi satu berbunyi “Kedengaran Galaxy S3 akan berharga dalam lingkungan RM2k”.
Kedua-dua ayat yang digunakan adalah agak samar-samar dan tidak memberikan sebarang idea berkenaan apakah harga Galaxy S3 kelak di Malaysia. Namun, ia seperti memperlihatkan Galaxy S3 akan berada di Malaysia seawal bulan ini, dan berharga dalam lingkungan RM2k.
Memandangkan ia didatangkan dalam beberapa versi ruangan storan, mungkin harga permulaan bagi versi dengan ruangan storan paling rendah adalah dalam lingkungan RM2k dan meningkat mengikut ruangan storan yang ditawarkan.
Namun, adakah benar kita akan melihat Galaxy S3 di Malaysia seawal bulan ini?