Sokongan Hangout On Air Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna Google+

Sokongan Hangout On Air Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna Google+

Diterbitkan pada Mei 7, 2012 oleh .

Hangout merupakan salah satu fungsi yang menarik pada Google+, membolehkan para pengguna untuk berkongsi siaran bersama rakan-rakan mereka dengan mudah. Namun, ia amat terhad kepada 10 orang rakan sahaja. Kini, ia bukan lagi suatu masalah besar, dengan Google kini memperkenalkan Hangout On Air kepada semua pengguna mereka di seluruh dunia.

Sebelum ini, Hangout On Air hanya diperkenalkan kepada segelintir jenama dan pengguna yang terpilih sahaja, membolehkan mereka bersiaran kepada peminat dan pengguna diseluruh dunia. Kini dengan fungsi tersebut diperkenalkan kepada semua, pengguna Google+ seluruh dunia boleh menerbitkan rancangan langsung mereka, mahupun berkongsi dan membuat panggilan video bersama rakan-rakan mereka diseluruh dunia.

Pengguna juga boleh melihat berapa ramai yang menonton Hangout On Air anda pada sesuatu masa. Sokongan rakaman turut disediakan, dimana sebaik sahaja anda tamat siaran, video yang anda siarkan tadi akan dimuat-naik ke akaun YouTube anda dan boleh diakses melaluinya.

Google bakal memperkenalkan sokongan Hangout On Air ini secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia bermula minggu ini.


TIPS & ULASAN