Cari @ Amanz

Nampaknya, penyedia perkhidmatan gambar untuk Twitter, iaitu Twitpic kini beralih daripada hanya menyediakan perkhidmatan dan menumpang aplikasi pihak ketiga, sebaliknya mereka melancarkan aplikasi tersendiri, dimulakan dengan aplikasi rasmi Twitpic untuk iPhone yang diperkenalkan hari ini.

Sama seperti beberapa aplikasi untuk gambar yang lain, Twitpic turut menyertakan sokongan efek pada aplikasi mereka, membolehkan para pengguna merakamkan gambar, dan kemudiannya berkongsi dengan rakan-rakan yang lain selepas menambah efek padanya.

Disamping itu, ia turut menyertakan Timeline tersendiri, membolehkan anda melihat gambar-gambar yang dikongsikan rakan-rakan terus daripada aplikasi Twitpic anda, selain turut boleh meninggalkan komen pada gambar yang dikongsikan rakan anda.

Pembangunnya turut mengatakan yang mana versi Android bakal menyusul dalam masa sebulan lagi. Sementara itu, bagi para pengguna iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Twitpic ini secara percuma daripada AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd