Cari @ Amanz

AppleTV merupakan salah satu peranti daripada Apple yang diperkatakan untuk suatu tempoh yang agak lama, namun Apple seperti masih belum bersedia untuk mengumumkannya. Kini, sebuah sumber mengatakan telah melihat AppleTV berfungsi, sekaligus membolehkan CultOfMac muncul dengan beberapa gambaran konsep untuknya.

Melalui apa yang dilihat, ia dikatakan AppleTV membawakan kamera terbina iSight untuk membolehkan membuat panggilan FaceTime melaluinya, selain turut sama didatangkan dengan sokongan bantuan maya terbina, Siri daripada Apple. Pada masa yang sama, ia turut didatangkan dengan sokongan AirPlay untuk membolehkan anda memainkan lagu mahupun video terus daripada Mac, iPhone mahupun iPad.

Bercakap mengenai saiznya, mengikut sumber, ia diperkatakan, ia kelihatan seperti monitor Apple dengan saiz yang lebih besar padanya. Sehingga kini, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan AppleTV. Cuma akhir-akhir ini, industri membuat pelbagai spekulasi, mengatakan Apple mungkin akan memperkenalkannya, dan memulakan jualan AppleTV seawal tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd