Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk memberikan pengalaman penggunaan Twitter yang sama dan selari pada pelbagai peranti, hari ini, Twitter mengemaskini halaman Twitter Mobile dengan memperkenalkan antaramuka baru, sekaligus membolehkan para pengguna telefon bimbit mengaksesnya dengan lebih pantas dengan penggunaan data internet yang kurang.

Melalui kemaskini yang diperkenalkan, sama seperti pada peranti pintar, mahupun pada web Twitter, para pengguna Twitter Mobile boleh melihat timeline, @mention dan juga tab Discover seperti biasa dan mengikuti pelbagai perkembangan Twitter mereka melaluinya.

Dari segi pengoptimasian, pihak Twitter mengatakan yang kini Twitter Mobile berfungsi pantas sama seperti aplikasi Android mahupun iOS, dan hanya menggunakan satu per tiga data internet berbanding versi sebelumnya, sekaligus memudahkan dan menjimatkan penggunaan data oleh pengguna telefon bimbit biasa.

Bagi anda yang menggunakan telefon bimbit biasa, boleh mengaksesnya dengan melayari laman mobile.twitter.com hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd