Cari @ Amanz

Menaip boleh dikatakan salah satu perkara yang agak sukar pada peranti sentuh seperti pada tablet, memandangkan pemilihan perkataan dan juga menggerakkan cursor adalah agak sukar dilakukan pada peranti sentuh. Dan untuk memudahkannya, kini SwipeSelection diperkenalkan pada Cydia untuk para pengguna iOS.

Melalui SwipeSelection, seperti pada namanya, para pengguna hanya perlu menggerakkan jari mereka pada papan kekunci maya untuk meletakkan cursor ditempat yang diingini mereka, mahupun untuk memilih perkataan dengan menggunakan butang Shift.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya ia memerlukan para pengguna untuk jailbreak akan peranti mereka terlebih dahulu sebelum dapat memuat-turunnya daripada Cydia secara percuma untuk peranti anda.

Jadi, mungkinkah pada iOS6 kelak fungsi seumpama ini akan diintegrasikan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd