Peranti Tizen Pertama Daripada Samsung Diperlihatkan

Peranti Tizen Pertama Daripada Samsung Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 8, 2012 oleh .

Pada minggu lepas, Tizen telah pun mencapai versi stabil pertama, dan kini, video prototaip untuk peranti Tizen daripada Samsung sudah pun mula kelihatan. Namun, ia lebih kepada peranti untuk pembangun, menggalakkan mereka membangunkan aplikasi untuk Tizen sebelum peranti rasminya dilancarkan kelak.

Daripada peranti yang diperkenalkan itu, ia membawakan cip pemprosesan 1.2GHz dwi-teras berasaskan ARM, dan menyokong resolusi 720p serta sokongan lain seperti WiFi, Bluetooth, NFC dan juga mikro-USB.


Peranti Tizen Daripada Samsung [via]

Seperti yang diperlihatkan pada video, ia memperlihatkan hanya satu butang sahaja untuk kembali ke halaman utama. Dari segi rekabentuk pula, ia menyerupai serba sebanyak seperti Touchwiz, dengan beberapa perubahan lain. Sokongan aplikasi Samsung, seperti Kies turut didatangkan padanya.


TIPS & ULASAN