Carian
RIM Dan TomTom Bekerjasama Membawakan Trafik Masa-Nyata Pada BlackBerry
May 8, 2012 Aman

Research In Motion nampaknya benar-benar memfokuskan kepada platform BlackBerry 10 mereka, dimana hari ini telah pun mengumumkan kerjasama bersama pihak TomTom, salah sebuah penyedia sistem pemetaan dengan sokongan trafik masa-nyata. Melaluinya, ia membolehkan perkhidmatan tersebut digunakan pada aplikasi BlackBerry, termasuk pada BlackBerry Maps dan juga BlackBerry Locate Services.

Walaubagaimanapun, daripada laman web mereka, ia kelihatan ia masih tidak menyokong penuh lokasi di Malaysia buat masa ini. Namun, usaha BlackBerry ini memperlihatkan, mereka akan mengintegrasikan pelbagai fungsi, sokongan dan aplikasi menarik melalui BlackBerry 10 kelak.

Buat masa ini, ia boleh dikatakan Nokia sebagai penyedia pemetaan yang terbaik untuk tempatan, disamping Google juga dilihat sedang giat menambah pelbagai fungsi menarik, dan baru-baru ini telah memperkenalkan sokongan Google Maps dengan trafik masa-nyata kepada pengguna tempatan.

Komen