Angry Birds Space Bakal Ke Windows Phone Tidak Lama Lagi

Angry Birds Space Bakal Ke Windows Phone Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 9, 2012 oleh .

Angry Birds Space merupakan permainan terbaru daripada pengeluar permainan mudah-alih popular, Rovio. Setelah memperkenalkan permainan mereka untuk beberapa platform, ia masih lagi belum tiba untuk platform Windows Phone sehingga ke hari ini. Dan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Nokia hari ini, ia kelihatan permainan tersebut akan muncul untuk platform Windows Phone tidak lama lagi.

Sebelum ini sendiri, ketika pelancarannya, ia menjadi pelbagai tanda tanya adakah permainan tersebut akan muncul untuk platform Windows Phone ataupun tidak. Dan kini, pengguna Windows Phone dan juga peminat permainan tersebut boleh bergembira dengan kenyataan ini.

Melalui Angry Birds Space, ia menambah permainan dalam bentuk tanpa graviti, dan memerlukan para pemain memikirkan pelbagai cara kreatif dalam menembak babi hijau menggunakan watak-watak burung yand disediakan.

Selain daripada Angry Birds Space daripada Rovio, Nokia juga akan membawakan beberapa permainan daripada EA Games untuk platform Windows Phone dalam tahun ini, termasuk FIFA, dan lain-lain.


TIPS & ULASAN