Carian
Kini, Anda Boleh Membalas Emel Notifikasi Google+ Pada GMail
May 9, 2012 Aman

Google+ merupakan salah produk yang diberikan perhatian serius oleh pihak Google akhir-akhir ini. Dan selepas memperkenalkan sokongan Hangout On Air kepada semua, kini mereka memperkenalkan integrasi yang lebih menyeluruh pada GMail, membolehkan notifikasi Google+ melalui GMail dikendalikan dengan lebih mudah lagi.

Kini, sekiranya anda menerima sebarang emel notifikasi berkaitan Google+ pada GMail, anda boleh secara terus membalas dengan meninggalkan komen pada sesuatu status, perkongsian dan sebagainya dengan lebih pantas. Melalui apa yang diperkenalkan, ia membolehkan anda melihat, membalas komen dan +1 sesuatu perkara terus daripada inbox anda dengan mudah. Sokongan masa-nyata turut diintegrasikan, membolehkan bukan sahaja komen anda diperlihatkan serta-merta, tetapi komen pengguna yang lain pada sesuatu perkara turut diperlihatkan terus pada GMail, sebagai sebahagian daripada mesej notifikasi.

Selain daripada pada web, ia juga boleh dilakukan terus pada peranti mudah alih dan sebagainya. Fungsi ini dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Google+ dalam minggu-minggu akan datang. Namun, seperti biasa, anda perlu aktifkan menerima emel notifikasi untuk profil anda terlebih dahulu untuk menggunakan perkara ini.

Komen