Carian
Nielsen : Kadar Penembusan Telefon Pintar Di Malaysia Pada 27%
May 9, 2012 Aman

Telefon pintar merupakan salah satu peranti yang mendapat perhatian ramai pengguna tempatan akhir-akhir ini. Melalui sebuah kajian yang dilakukan oleh Nielsen, ia mendapati yang mana pada suku tahun pertama tahun ini, kadar penembusan penggunaan telefon pintar di Malaysia adalah sekitar 27%.

Angka ini didapati oleh Nielsen melalui bancian yang dilakukan, melibatkan lebih 35,000 pengguna di 23 buah negara. Daripada kajian tersebut juga diketahui yang mana hampir 36% pengguna telefon pintar di Malaysia adalah mereka yang berumur antara 25 hingga 34 tahun.

Pada tahun ini, kadar pengguna telefon pintar di Malaysia dijangka akan terus meningkat, dengan lebih 58% pengguna Malaysia mengatakan ingin menaik-taraf telefon bimbit mereka dalam tempoh enam bulan akan datang, dan 79% daripadanya bercadang untuk membeli telefon pintar.

Komen