Carian
RIM Memperkenalkan BlackBerry Curve 9320 Secara Rasmi
May 9, 2012 Aman

Research In Motion, iaitu syarikat disebalik BlackBerry boleh dikatakan agak aktif akhir-akhir ini. Hari ini, mereka secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu BlackBerry Curve 9320 yang didatangkan bersama-sama dengan BlackBerry OS 7.1 padanya, serta didatangkan dalam rekabentuk QWERTY yang merupakan salah satu kelebihan BlackBerry.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin seluas 2.44-inci dengan resolusi 164ppi, kamera 3.2-megapixel sokongan rakaman video dan audio, bateri 1450mAh dan memori 512MB RAM. Selain daripada pelbagai aplikasi dengan integrasi BBM, ia turut membawakan sokongan radio FM padanya. Pada masa yang sama, BlackBerry Curve 9320 ini turut membawakan butang khas untuk BBM, membolehkan anda mengakses aplikasi permesejan popular itu dengan hanya klik pada butang tersebut sahaja.

Ia masih tidak diketahui bilakah peranti ini akan tiba di Malaysia. Pada masa yang sama, dengan ramai yang menantikan peranti BlackBerry 10, ia masih tidak diketahui bagaimana BlackBerry akan mempromosikan peranti ini kelak.

Komen