Cari @ Amanz

“Ultrabook” HP Menggunakan Cip Pemprosesan AMD Dipanggil Sleekbook

Oleh Aman

Link Copied!

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan dunia komputer riba, mungkin anda sedia maklum yang mana Ultrabook telah dipatenkan oleh Intel, dan membuatkan AMD perlu hadir dengan nama lain untuk keluarga laptop nipis dengan jangka masa bertahan bateri lama. Sehingga kini nama daripada AMD tidak diketahui, tetapi pengeluar HP kini menggunakan nama Sleekbook untuknya.

Nama Sleekbook digunakan oleh HP untuk komputer riba mereka yang menggunakan cip pemprosesan AMD. Nama Sleekbook ini digunakan untuk keluarga Envy mereka, dimana laptop sama turut dengan cip pemprosesan Intel turut ditawarkan dengan nama Ultrabook.

Dengan nama Sleekbook digunakan oleh HP untuk laptop nipis dan bateri tahan lama menggunakan cip pemprosesan AMD, mungkinkah yang lain akan menggunakan nama serupa ataupun muncul dengan pilihan nama yang baru untuknya?


Komen ()