Cari @ Amanz

Dalam genre permainan bercorak sukan, salah satu permainan video yang popular adalah FIFA daripada EA Sports. Untuk tahun ini, mereka bakal melancarkan FIFA 13 yang mana bakal membawakan pelbagai peningkatan dari segi grafik. Dan sebagai proses promosi pertama, EA Sports telah pun mengeluarkan beberapa paparan skrin awal untuk permainan tersebut.

Apa yang diketahui buat masa ini adalah dimana FIFA 13 kelak akan membawakan peningkatan kepada AI dalam mengawal bola dan sebagainya, selain pada masa yang sama terus mempertingkatkan grafik pada permainan tersebut. FIFA 13 juga turut diperkatakan akan membawakan gambaran wajah yang lebih menyerupai orang sebenar berbanding permainan FIFA sebelumnya.

Buat masa ini, tarikh pasti pelancaran permainan ini masih belum diumumkan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd