Tablet Bersaiz 13-inci – Toshiba Excite 13 Diperlihatkan

Tablet Bersaiz 13-inci – Toshiba Excite 13 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Mei 9, 2012 oleh .

Bosan dengan tablet yang bersaiz kecil? Kini Toshiba muncul dengan Toshiba Excite 13 yang dinantikan sebelum ini, dimana seperti pada namanya, bersaiz 13-inci LCD dengan resolusi 1600×900 pixel dan dijana menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi belum dilancarkan secara rasminya, dan mungkin akan dilancarkan kelak dalam beberapa bulan lagi. Berbeza dengan beberapa tablet yang memfokuskan produktiviti dan sebagainya, Toshiba Excite 13 dilihat lebih memfokuskan kepada pengendalian media, dimana sesuai untuk menonton video, melihat gambar, dan juga bermain game melaluinya.

Jadi, sekiranya kelak ia dipasarkan di Malaysia, adakah anda akan membelinya? Dan adakah kelak lebih ramai pengeluar akan mengeluarkan tablet bersaiz 13-inci pada tahun ini?


TIPS & ULASAN