Flipboard merupakan salah satu aplikasi yang diminati ramai pada platform iOS. Sebelum ini, pembangun Flipboard sendiri telah mengumumkan yang akan memperkenalkan aplikasi mereka untuk Android, dan didatangkan terlebih dahulu bersama Samsung Galaxy S3. Namun, menariknya, terlebih dahulu daripada pelancaran rasmi, kini fail APK untuknya telah pun mula tersebar di arena internet.
Melalui percubaan kami, ia kelihatan amat menarik, dan berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Namun, beberapa maklumbalas yang kami terima adalah dimana beberapa pengguna peranti lain dengan skrin sedikit kecil mengalami masalah dalam penggunaannya, mungkin kerana masih tidak dilancarkan secara rasminya.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun fail APK terus daripada XDA-Developer hari ini, dan mencubanya sendiri.