Akhirnya, sepertimana yang dinantikan, Sony telah pun melancarkan konsol permainan mudah-alih popular mereka secara rasminya di Malaysia, iaitu PS Vita, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi diseluruh negara pada harga RM1099.
PlayStation Vita merupakan kemaskini kepada keluarga PlayStation Portable (PSP) yang sememangnya popular sebelum ini. Peranti ini telah boleh didapati sejak daripada awal tahun, namun ianya bukanlah set rasmi tempatan, sehinggalah hari ini, Sony Malaysia melancarkan konsol permainan mudah-alih itu di Malaysia.
Bersama-sama dengan pelancaran ini juga, mereka menyediakan beberapa promosi untuk aksesori tambahan dan juga permainan untuk PS Vita. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendapatkannya, dimana selain daripada permainan, ia juga menyokong pelayaran internet dan sebagainya. Buat masa ini, hanya versi WiFi yang diperkenalkan, dan tiada sebarang info berkaitan versi 3G untuknya di Malaysia.
Gambar : Sony Malaysia