Cari @ Amanz

IconMobi Hadir Dengan Aplikasi BlackBerry PlayBook Pertama – Swipe To Do List

Oleh Aman

Link Copied!

Aplikasi BlackBerry daripada pembangun tempatan boleh dikatakan agak sedikit berbanding dengan aplikasi iOS mahupun Android. Namun, perkara ini tidak menghentikan pembangunannya, dan kini IconMobi hadir dengan aplikasi mereka untuk platform BlackBerry PlayBook, dinamakan sebagai Swipe To Do List.

Seperti pada namanya, ia merupakan aplikasi memfokuskan kepada produktiviti, membolehkan para pengguna menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan, dan mengendalikannya melalui sokongan swype pada BlackBerry PlayBook.

Menurut pembangunnya, buat masa ini, ia hanya memfokuskan aplikais ini kepada para pengguna BlackBerry PlayBook. Namun, sekiranya ramai yang inginkannya pada peranti pintar BlackBerry yang lain, mungkin mereka akan hadir dengan aplikasi untuk telefon pintar BlackBerry juga.

Bagi anda yang menggunakan BlackBerry PlayBook, boleh mendapatkan aplikasi ini daripada AppWorld pada harga $0.99, dan menguruskan senarai tugasan harian anda dengan lebih mudah dan interaktif melaluinya, disamping pada masa yang sama menyokong pembangun aplikasi tempatan.


Komen ()