Cari @ Amanz

Angry Birds boleh dikatakan salah satu fenomena dalam dunia permainan pada peranti mudah-alih. Sejak diperkenalkan, ia telah menjadi buah mulut orang ramai, sehinggalah ke hari ini, dimana Rovio mengumumkan permainan mereka telah dimuat-turun lebih daripada 1 billion kali secara keseluruhannya.

Rovio sendiri telah mengeluarkan beberapa versi berbeza untuk Angry Birds, dan yang paling terkini adalah Angry Birds Space, membawakan konsep permainan dengan tanpa sokongan graviti, menjadikan pemain perlu berfikir dengan lebih kreatif lagi untuk bermain.

Sejak dilancarkan pada tahun 2009, ia kini ditawarkan pada pelbagai platform, termasuk iPhone, Android, iPad, Nokia, BlackBerry, Symbian dan juga Windows Phone. Pada masa yang sama, versi desktop pada Windows dan Mac OS X, serta versi pelayar web Chrome turut diperkenalkan. Ia turut dilancarkan pada laman sosial Facebook membolehkan integrasi sosial padanya.

Namun, menurut Rovio, ini hanyalah permulaan, dan mereka akan muncul dengan pelbagai lagi permainan menarik pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd