Halaman Nokia 808 PureView Kini Aktif Pada Web Nokia Malaysia

Halaman Nokia 808 PureView Kini Aktif Pada Web Nokia Malaysia

Diterbitkan pada Mei 10, 2012 oleh .

Nokia 808 PureView merupakan salah satu peranti yang mendapat perhatian ramai, dengan sokongan kamera 41-megapixel padanya. Dan nampaknya, peranti tersebut akan tiba di Malaysia dalam waktu terdekat, dengan halaman untuk peranti tersebut kini aktif pada laman Nokia Malaysia.

Buat masa ini, bilakah tarikh pelancaran rasminya di Malaysia masih tidak diketahui. Namun beberapa ura-ura mengatakan ia akan dilancarkan di Malaysia pada bulan ini.

Melalui Nokia 808 PureView, ia membawakan revolusi baru dalam arena kamera pada peranti mudah-alih, disamping dijana menggunakan Symbian padanya.

Jadi, adakah anda akan membelinya sebaik sahaja peranti tersebut tiba di Malaysia?

Terima kasih Arif Ishak.


TIPS & ULASAN